Monday 18 September 2017

TOFU BLACK & WHITE

BAHAN-BAHANNYA:

1 keping Tofu
¹/² cawan minyak masak
4 ulas bawang puting dicincang dadu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung gandum/jagung
Sedikit air (suku cawan)


CARA MEMBUATNYA:

1. Potong tahu kepada 8 bahagian
2. Panaskan minyak masak dan goreng tofu separa garing dan asingkan ke dalam piring
3. Keluarkan lebihan minyak masak sehingga cukup untuk menumis.
4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
5. Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
6. Bancuh tepung di dalam suku cawan dan pastikan bancuhan air tepung adalah cair
7. Masukkan air bancuhan tepung ke dalam tumisan.
8. Kacau sehingga bancuhan air tepung menjadi pekat
9. Curah hasil tumisan ke atas tofu
10.Tofu black &white sedia untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA!!!

SAMBAL TERUNG IKAN BILIS

BAH2AN-BAHANNYA:

1 biji terung panjang
¹/² cawan minyak masak
Segenggam ikan bilis yang dibasuh
2 sudu besar cili boh
3 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA:

1. Basuh dan potong terung secara memanjang kepada dua bahagian
2. Panaskan minyak masak dan goreng terung selama seminit di dalam kuali. Setelah siap, angkat dari dalam kuali.dan.letakkan di atas piring
3. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan angkat dari kuali.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
5.Masukkan cili boh ke dalam tumisan bawang nak kacau sehingga naik minyak.
6. Tuangkan hasil tumisan cili boh ke atas terung tadi.
7.Taburkan ikan bilis garing ke atas tumisan cili boh.
8.Tabur secubit garam di atas tumisan tadi.
9. Sambal terung siap untuk dimakan.


SELAMAT MENCUBA!

Friday 15 September 2017

TELUR DADAR KICAP

BAHAN-BAHANNYA:

1 biji telur ayam
1 sudu kecil kicap soya
4 sudu besar minyak masak
1 mangkuk kecil nasi putih

CARA MEMBUATNYA:

1.Basuh telur ayam.
2.Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap soya.
3.Kacau hingga sebati.
4.Panaskan kuali dengan minyak masak.
5.Setelah kuali cukup panas, curah campuran telur ayam berkicap ke dalam kuali.
6.Tutup kuali dengan penutup (periuk)
7.Selepas seminit, terbalikkan telur di dalam kuali dan tutup sekali lagi selama seminit.
8.Telur dadar kicap siap untuk dihidang dan dimakan bersama semangkuk nasi putih.

Mudah bukan?

SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday 14 September 2017

TEH MISAI KUCING

BAHAN-BAHANNYA:

1 uncang teh misai kucing (pelbagai jenama dipasaran)
1 jag air panas

CARA MEMBUATNYA:

1.Masukkan uncang teh misai kucing ke dalam jag air panas.
2.Tunggu dua minit dan kacau air teh misai kucing hingga sebati.
3.Tuang air teh misai kucing panas ke dalam cawan.
4.Teh misai kucing anda sudah sedia untuk diminum.

SELAMAT MENCUBA!!!

NESLO AIS

BAHAN-BAHANNYA:

2 sudu besar serbuk Milo
1 sudu besar serbuk Nescafe Classic
Susu pekat secukup rasa
Setengah gelas air panas
Ais

CARA MEMBUATNYA:

1.Campurkan serbuk Milo dan Nescafe Classic ke dalam gelas.
2.Masukkan air panas setengah gelas.
3.Campurkan susu pekat secukup rasa.
4.Guna gelas kosong untuk "tarik" Neslo panas tersebut sehingga mengeluarkan buih.
5.Masukkan ais secukupnya.Neslo nda sudah sedia untuk diminum.

SELAMAT MENCUBA!!!

AIR SIRAP BANDUNG CINCAU/LENGKONG

BAHAN-BAHANNYA:

Sirap Ros secukup rasa
Susu cair secukup rasa
Setengah gelas air masak/mineral
Setengah gelas ais
Cincau secukup rasa (Cincau/Lengkong perlu di cincang halus)

CARA MEMBUATNYA:

1.Tuang sirap ros secukup rasa (contoh 1:10 tinggi gelas) ke dalam gelas.

2.Campurkan susu cair secukup rasa. Pastikan campuran sirap ros dan susu cair bertukar menjadi merah jambu yang menyelerakan.
3.Tuang air masak/mineral setengah gelas ke dalam gelas tersebut.
4.Campurkan cincau/lengkong yang telah dicincang.
5.Masukkan air setengah gelas dan kacau.
6.Air sirap bandong cincau/lengkong sedia untuk diminum.

Untuk pilihan, biji selasih yang telah direndam boleh mengantikan lengkong/cincau yang dicincang.

SELAMAT MENCUBA!!!

AIR SIRAP SELASIH

BAHAN-BAHANNYA:

Sirap Ros secukup rasa
Setengah gelas air masak/mineral
Setengah gelas ais
Sesudu biji selasih

CARA MEMBUATNYA:

1.Rendam biji selasih di dalam air masak/mineral selama 3 minit. Sukatan air cukup untuk memastikan semua biji selasih tenggelam sahaja.Tak perlu banyak.
2.Tuang sirap ros secukup rasa (contoh 1:10 tinggi gelas) ke dalam gelas.
3.Tuang air masak/mineral setengah gelas ke dalam gelas tersebut.
4.Campurkan biji selasih yang telah direndam hingga kembang ke dalam campuran sirap ros.
5.Masukkan air setengah gelas dan kacau.
6.Air sirap selasih sedia untuk diminum.

Untuk pilihan, biji selasih boleh diganti dengan lengkong/cincau.

SELAMAT MENCUBA!!!


TOFU BLACK & WHITE

BAHAN-BAHANNYA: 1 keping Tofu ¹/² cawan minyak masak 4 ulas bawang puting dicincang dadu 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung...