Thursday, 14 September 2017
JUS KEDONDONG (AMRA) ASAMBOI
BAHAN-BAHAN :
10 biji buah kedondong muda/masak ranum
5 biji asam boi putih/merah - secukup rasa
air masak secukupnya
ais
CARA BUAT JUS :
1.Basuh buah kendondong
(kupas jika anda geli tengok kulit buah kedondong)
2.Masukkan segelas air dan buah kedondong yang telah dibersihkan ke dalam pengisar.Kisar sehingga hancur dan halus.
3. Setelah siap dikisar, masukkan hasil kisaran ke dalam jag.
4.Tambah air masak sehingga separuh jag.
5.Masukkan asamboi ke dalam jag.Kacau sehingga sebati.
6.Masukkan ketulan ais sehingga separuh jag.
7.Tuangkan jus kedondong asamboi ke dalam gelas dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOFU BLACK & WHITE
BAHAN-BAHANNYA: 1 keping Tofu ¹/² cawan minyak masak 4 ulas bawang puting dicincang dadu 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung...
-
BAHAN-BAHANNYA: 2 sudu besar serbuk Milo 1 sudu besar serbuk Nescafe Classic Susu pekat secukup rasa Setengah gelas air panas Ais CA...
-
BAHAN-BAHANNYA: Sirap Ros secukup rasa Setengah gelas air masak/mineral Setengah gelas ais Sesudu biji selasih CARA MEMBUATNYA: 1...
-
BAHAN-BAHANNYA: Sirap Ros secukup rasa Susu cair secukup rasa Setengah gelas air masak/mineral Setengah gelas ais Cincau secukup rasa ...
No comments:
Post a Comment